Program Khidmat Masyarakat oleh Pelajar LCCIIQ Level 3

Program Khidmat Masyarakat oleh Pelajar LCCIIQ Level 3

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 1 Oktober 2019 – Hari ini pasukan khidmat masyarakat kumpulan 1 yang terdiri daripada pelajar LCCIIQ level 3 telah mengadakan program khidmat masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah. Slogan untuk program ini diberi nama, “FOCUS ON YOU, BETTER YOURSELF”. Seramai 22 orang pelajar telah terlibat mewakili KPBKL MAIWP dalam pasukan ini untuk mengadakan program khidmat masyarakat disamping mempromosikan KPBKL sebagai platform pengajian setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Program ini dimulakan dengan sesi suai kenal dan taklimat bersama pelajar SMKSI sebagai salah satu cara untuk mempromosikan KPBKL. Seramai 54 orang pelajar dari kelas perakaunan telah terlibat dalam aktiviti ini. Pelbagai maklumat telah diberikan kepada para pelajar sebagai panduan untuk memasuki KPBKL. Setelah sesi taklimat selesai, kumpulan 1 LCCIIQ meneruskan program khidmat masyarakat dengan aktiviti mengecat dan menghias Pusat Sumber SMKSI.

[gdl_gallery title=”20191001-1″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.