[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 14 Disember 2019 – Seramai 31 orang pelajar Diploma Pengurusan Zakat dan Wakaf Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur bersama lima orang pengiring telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat di Kampung Dedari Taman Negara Jerantut Pahang. Program ini telah diadakan selama 2 hari satu malam.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan para pelajar mengenai sejarah dan tradisi Orang Asli Batek selain berkongsi ilmu bersama mereka. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya para pelajar telah mengadakan sesi mengajar anak-anak orang Asli ini asas Bahasa Inggeris dan Asas Matematik serta pelbagai aktiviti lain. Setelah selesai aktiviti di perkampungan ini, para pelajar telah mengadakan ekspedisi ke Gua Kota Gelanggi.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada penyumbang- penyumbang dana yang telah menyumbang bagi menjayakan Program Khidmat Masyarakat ini.
Sumber – FaridatulSaftiah binti Omar (DPZW semester 4)