Program Jelajah Bicara Cinta

Program Jelajah Bicara Cinta

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 14 Oktober 2019 – Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat MAIWP telah mengadakan satu program iaitu Jelajah Bicara Cinta. Program ini bertujuan untuk memberi pencegahan dan kesedaran bahaya zina, dadah dan arak. Disamping itu, untuk mewujudkan dan mengembalikan rasa bertuhan dalam diri bagi mengatasi rasa kekosongan dalam diri.

Program yang berlangsung di Dewan Kuliah 1, Aras Bawah, Kolej Profesional Baitumal, Kuala Lumpur (KPB MAIWP) dengan bilangan peserta seramai 150 orang itu dimulakan dengan ucapan Aluan oleh Dr. Mohamad Fitri Mohamad Yusoff (Timbalan Rektor Akademik & Penyelidikan) dan ucapan perasmian oleh Encik Nor Mukshar Harun (Penolong Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat PPZ-MAIWP).

Program yang berlangsung di Dewan Kuliah 1, Aras Bawah, Kolej Profesional Baitumal, Kuala Lumpur (KPB MAIWP) dengan bilangan peserta seramai 150 orang itu dimulakan dengan ucapan Aluan oleh Dr. Mohamad Fitri Mohamad Yusoff (Timbalan Rektor Akademik & Penyelidikan) dan ucapan perasmian oleh Encik Nor Mukshar Harun (Penolong Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat PPZ-MAIWP).

Diantara pengisian dalam program ini adalah Sesi Ice Breaking dan Pengenalan Darul Wardah Rumah Perlindungan Dan Pemulihan Wanita oleh Puan Nur Khairul Nisha Roslan (Pengurus Darul Wardah), Pengenalan Zina:Apa Itu Zina? Oleh En.Kamarul Azami Mohd Zaini (Sukarelawan Darul Wardah/Perunding Utama Latihan dan Motivasi), Sharing Moment: Perkongsian Kisah Benar daripada Pelatih Darul Wardah, Terapi Spiritual: Terapi Aura Shifa’ Asmaul Husna oleh Ustazah Hazlina Abd Razak (Duta Rahmah/Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Selangor).

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.