Program Foodbank YaPEIM 1.0

Program Foodbank YaPEIM 1.0

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 29 September 2019 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) meneruskan pelaksanaan Program Foodbank 1.0 ke Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) hari ini. Program ini bertujuan membantu meringankan bebanan yang ditanggung golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) yang sudah dikenalpasti.

Pada Program Foodbank kali ini, pihak KPBKL MAIWP telah mendapat sokongan YaPEIM dalam menyantuni pelajar-pelajar asnaf di sini. 200 bungkus makanan Ready To Eat diagihkan kepada para pelajar asnaf yang terpilih. Majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Mohammad Zamri Zakaria, Pengarah Kanan Pembangunan Sosioekonomi & Komunikasi Korporat YaPEIM merangkap Pengarah Program Foodbank YaPEIM, di Dewan Kuliah 1, KPBKL MAIWP.

Turut hadir, Rektor KPBKL MAIWP, Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub bersama barisan pengurusan tertinggi KPBKL MAIWP. Program ini turut dianjurkan dengan kerjasama Pusat Wakaf Intelek dan Pusat Komunikasi Korporat dan Pemasaran. Program ini merupakan program berterusan yang bermula dari bulan September melibatkan 400 pelajar asnaf terpilih setiap bulan. Pihak KPBKL MAIWP amat menghargai usaha murni YaPEIM dan semoga melalui program ini, lebih banyak kerjasama di antara KPBKL MAIWP dan YaPEIM dapat dilaksanakan pada masa akan datang.

[gdl_gallery title=”20190929″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.