Program Food Bank YaPEIM 1.0 Siri ke 2

Program Food Bank YaPEIM 1.0 Siri ke 2

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 4 Oktober 2019 – Seramai 200 orang pelajar asnaf Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur MAIWP telah menerima sumbangan makanan” Ready to Eat “ pagi ini dalam Program Foodbank YaPEIM 1.0 Siri 2 di Dewan Kuliah 1, KPBKL.
Program ini merupakan salah satu inisiatif Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dalam membantu meringankan bebanan yang ditanggung golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40). Sumbangan ini telah disampaikan oleh YBhg. Puan Parihah Bt Hasan, Pemangku Ketua Pengarah (YaPEIM). Turut serta dalam menyampaikan sumbangan ini adalah YBhg. Prof Dato’ Dr. Noor Inayah Binti Ya’akub, Rektor KPBKL MAIWP, YBhg. Tuan Haji Mohamad Zamri Zakaria, Pengarah Kanan Pengurusan Dana Infaq, dan Pembangunan Sosioekonomi YaPEIM, wakil pengurusan YaPEIM dan pengurusan tertinggi KPBKL MAIWP.

Program ini turut dianjurkan dengan kerjasama Pusat Wakaf Intelek dan Pusat Komunikasi Korporat dan Pemasaran KPBKL. Seramai 1600 orang pelajar asnaf KPBKL MAIWP akan menerima manfaat sumbangan ini yang akan diadakan secara bulanan hingga bulan Disember.
Pihak KPBKL MAIWP amat menghargai usaha YaPEIM dan semoga melalui program ini lebih banyak kerjasama di antara KPBKL MAIWP dan YaPEIM akan dapat dilaksanakan di masa akan datang.

[gdl_gallery title=”20191004-2″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.