Program Etika Pentadbiran Sesi 1

Program Etika Pentadbiran Sesi 1

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 25 Julai 2019 – Pusat Pengurusan Bakat Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) telah menganjurkan Program Etika Pentadbiran Sesi 1 bertempat di Bilik Kuliah 14, Tingkat 6. Seramai 32 orang warga kerja KPBKL (MAIWP) terlibat dalam program ini.

Program ini terbahagi kepada 4 slot iaitu slot pertama; Paradigma dan Anjakan Paradigma, slot kedua; Minda dan Sikap Minda, Slot ketiga; Zon Selesa dan Zon Tidak Selesa, dan slot keempat Komunikasi.

Pengisian program telah disampaikan oleh Encik Kamarul Azhar bin Abd. Rahman (Pengarah Pusat Pengurusan Bakat) dan Puan Zaiton Othman (Pensyarah di Jabatan Teknoperniagaan).

Program ini telah berlangsung sehingga jam 5 petang. Tujuan penganjuran program ini adalah memberi motivasi kepada semua warga kerja KPBKL (MAIWP) untuk memupuk akhlak yang lebih baik dan keperibadian yang unggul dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja bukan semata-mata bekerja untuk mendapatkan gaji sahaja tetapi menjadikan pekerjaan sebagai lubuk memperoleh pahala.

[gdl_gallery title=”20190705-02″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.