[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 4 Oktober 2019 – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL MAIWP) telah menganjurkan Program Bicara Syariah: Kesedaran Kesihatan Mental di Kalangan Wanita di Dewan Kuliah 1, KPBKL MAIWP. Seramai 149 orang peserta telah meyertai program ini yang terdiri daripada Jabatan, Agensi luar dan warga kerja KPBKL MAIWP.
Dua pembentangan telah disampaikan di mana pembentangan pertama adalah dari Dr. Abdul Razak bin Othman (Pakar Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur) dengan tajuk Kesihatan Mental: Mengenali Tanda dan Gejala. Manakala pembentangan kedua telah disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd Noor Ikhram bin Husin (Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam) bertajuk Gejala Stress dan Pencegahan Masalah Psikososial di Kalangan Wanita. Program ini telah dirasmikan oleh Ustazah Mahfuzah Zohdi, Ketua Penolong Pengarah JAWI mewakili Pengarah JAWI, YBhg. Tuan Haji Mohd Ajib Bin Ismail.
[gdl_gallery title=”20191004-01″ width=”900″ height=”500″ ]