Program “Anda dan Perniagaan Kepada Pelajar IPTA/IPTS”

Program “Anda dan Perniagaan Kepada Pelajar IPTA/IPTS”

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 12 Disember 2019 – Seramai 26 orang pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur yang terdiri daripada pelajar Diploma Pengajian Muamalat (DPM) , Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH) dan Certified Accounting Technician (CAT) menghadiri Program “Anda dan Perniagaan Kepada Pelajar IPTA/IPTS” yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Auditorium Tun Dr Siti Hasmah, Tingkat 10, Menara SSM pagi ini.

Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar mengenai keusahawanan dan kepentingan mendaftarkan perniagaan. Dalam program ini juga, SSM membantu para pelajar untuk mendaftar perniagaan secara percuma sekiranya ada para pelajar yang telah membuka perniagaan namun masih belum didaftarkan. Para pelajar ini telah diiringi oleh 3 kakitangan KPBKL iaitu Dr. Noraini Mohamad, Ustaz Mohd Syakir Mohd Taib dan En. Kamarul Azhar Abdul Rahman. Terima kasih kepada SSM yang telah menyediakan pengangkutan ke program ini.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.