Plan Tindakan Pengoperasi Semula Dan Perlaksanaan Program Akademik Pasca Perintah Kawalan Pegerakan
-
- Sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir pada 14 April 2020, maka kuliah bagi semester pendek Program Homegrown akan disambung semula pada 20 April 2020 (rujuk Lampiran 1, Pilihan 1 – Pindaan Kalender Akademik Sesi Feb-April 2020)
- Jika PKP dilanjutkan dan berakhir pada 28 April 2020, maka kuliah bagi semester pendek Program Homegrown akan disambung semula pada 4 Mei 2020 (rujuk Lampiran 1, Pilihan 2 – Pindaan Kalender Akademik Sesi Feb-April 2020)
- Namun sekiranya PKP dilanjutkan sehingga 10 minggu dan berakhir pada 27 Mei 2020, maka kuliah bagi semester pendek Program Homegrown akan disambung pada 27 Mei 2020 (rujuk Lampiran 1, Pilihan 3 – Pindaan Kalender Akademik Sesi Feb-April 2020)
- Kuliah bagi Program Profesional juga tertakluk kepada Pilihan 1, Pilihan 2 atau Pilihan 3 berdasarkan Kalender Akademik Program Profesional seperti Lampiran 2a – 2g dengan mengambil kira tempoh PKP.
- Tarikh baru akan dikeluarkan kemudian sekiranya tempoh PKP dilanjutkan lagi melepasi 27 Mei 2020 tertakluk kepada arahan Kerajaan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.
- Semua kuliah bagi Program Homegrown dan Program Profesional hendaklah dilaksanakan secara ‘blended learning’ atau pembelajaran teradun bagi mengurangkan kontak secara fizikal. Garis Panduan ‘blended learning’ yang disediakan oleh fakulti adalah terpakai.
- Kuliah bagi Program Usahasama UiTM-KPBKL adalah tertakluk kepada PENGAWALAN WABAK COVID19 : PINDAAN KALENDAR AKADEMIK BAGI SESI II 2019/2020 yang dikeluarkan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UiTM bertarikh 20 Mac 2020 seperti Lampiran 3.
- Pelajar yang menetap di kolej kediaman dikehendaki pulang semula ke bilik penginapan masing-masing dalam tempoh satu (1) hingga dua (2) hari sebelum kuliah bermula. (tertakluk pilihan yang diguna pakai berdasarkan tempoh PKP). Sebagai contoh, jika Pilihan 1 diguna pakai (kuliah bermula pada 20 April 2020) maka pelajar dikehendaki pulang ke bilik penginapan masing-masing pada 18 atau 19 April 2020.
- Memandangkan kuliah bagi Program Usahasama UiTM bermula pada 13 April 2020 secara atas talian, maka pelajar Program Usahasama UiTM yang menginap di Kolej Kediaman hanya dibenarkan kembali ke bilik penginapan masing-masing juga pada 18 dan 19 April 2020, kecuali PKP dilanjutkan maka Perkara 6 di atas juga terpakai bagi pelajar Program Usahasama UiTM yang menginap di Kolej Kediaman.
- Pelajar yang menetap di kolej kediaman/rumah sewa/rumah keluarga yang memiliki simptom seperti demam, batuk berterusan dan kesukaran bernafas dilarang balik ke bilik penginapan masing-masing dan/atau menghadiri kuliah. Pelajar perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital/klinik kesihatan. Dokumen pemeriksaan kesihatan/sijil cuti sakit/arahan kuarantin hendaklah dikirimkan kepada pensyarah masing-masing menerusi aplikasi WhatsApp.
- Pelajar yang pulang ke bilik penginapan dan/atau menghadiri kuliah akan menjalani pemeriksaan suhu badan di pintu masuk utama kampus. Hanya pelajar yang melepasi pemeriksaan suhu badan sahaja dibenarkan memasuki bilik penginapan di kolej kediaman dan/atau menghadiri kuliah.
- Operasi KPBKL akan berjalan seperti biasa setelah PKP berakhir. Justeru pensyarah, pegawai dan kakitangan yang memiliki simptom seperti demam, batuk berterusan dan kesukaran bernafas dilarang hadir ke pejabat serta perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital/klinik kesihatan. Dokumen pemeriksaan kesihatan/sijil cuti sakit/arahan kuarantin hendaklah dikirimkan kepada Ketua Jabatan masing-masing menerusi aplikasi WhatsApp.
- Semua warga KPBKL (Pensyarah, Pegawai, Kakitangan dan Pelajar) diingatkan untuk sentiasa mengamal langkah-langkah penjagaan kebersihan diri, etika batuk/bersin, jarak sosial dan arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan Malaysia, MKN, KKM dan Pengurusan Tertinggi KPBKL.
- Pendaftaran pelajar baru Program Homegrown dan Program Profesional bagi Ambilan April 2020 yang dijadual pada 18 dan 19 April 2020 ditangguhkan. Pendaftaran pelajar baru hanya akan berlangsung pada 27 dan 28 Jun 2020 bagi Ambilan Jun/Julai 2020.
- Pemohon yang telah menerima surat tawaran dengan tarikh pendaftaran pada 18 dan 19 April 2020 tidak perlu mendapatkan surat tawaran yang baharu dan secara automatik layak mendaftar pada 27 dan 28 Jun 2020.
- Untuk mengelakkan kesesakan semasa proses pendaftaran, pemohon yang menerima surat tawaran dengan tarikh pendaftaran asal pada 18 April 2020 dikehendaki mendaftar pada tarikh baru iaitu 27 Jun 2020, sementara pemohon yang menerima surat tawaran dengan tarikh pendaftaran asal pada 19 April 2020 dikehendaki mendaftar pada 28 Jun 2020.
- Ketua Jabatan/Bahagian/Seksyen/Unit adalah bertanggungjawab memastikan plan tindakan ini dilaksanakan dengan baik. Sebarang isu berbangkit berhubung perlaksanaan plan tindakan ini hendaklah dibincangkan menggunakan saluran jabatan masing-masing dan seterusnya dibawa kepada Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT).
- Semua pensyarah, pegawai, kakitangan dan pelajar bertanggungjawab memastikan plan tindakan ini dipatuhi.
[message_box title=”Lampiran Berkaitan” color=”blue”]
Plan Tindakan
Lampiran 1a-1b
Lampiran 2a – 2g
Lampiran 3
[/message_box]