Pertemuan Pertama KPE bersama Pengarah dan Warga Kerja Pusat Wakaf KPB

Pertemuan Pertama KPE bersama Pengarah dan Warga Kerja Pusat Wakaf KPB

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 25 Jun 2019 – Pagi ini telah berlangsung perbincangan pertama kali antara Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Kolej Profesional Baitumal Kuala Lumpur (MAIWP) YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah binti Ya’akub bersama Pengarah Pusat Wakaf KPB, Ustaz Mohd Syakir bin Mohd Taib dan semua warga kerja daripada Pusat Wakaf KPB.

Mesyuarat yang telah di pengerusikan oleh KPE KPB adalah untuk menyampaikan amanat serta membincangkan hala tuju KPB ke arah sebuah Kolej Universiti Wakaf dan tanggungjawab Pusat Wakaf dalam memainkan peranan menjayakan matlamat berdasarkan outcome atau keberhasilan pusat wakaf.

[gdl_gallery title=”20190625″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.