Perkongsian Ilmu “ Integriti Pemacu Budaya”

Perkongsian Ilmu “ Integriti Pemacu Budaya”

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 4 Oktober 2019 – Satu program perkongsian ilmu bertemakan “Integriti Pemacu Budaya”, telah diadakan hari ini bertempat di Bilik Latihan Korporat, Aras 3, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL). Perkongsian pertama berkenaan Perihal Integriti & Adab Dalam Kepemimpinan Institusi Pendidikan telah disampaikan oleh En Roslan Abd Jelani (Mantan, Pegawai Tadbir & Diplomatik), manakala, slot kedua menyentuh mengenai Integriti Pengurusan Kewangan Individu pula telah disampaikan oleh Pn Noralinda Mohamed, Founder, Al Baraqah Wealth Resources.

Kedua-dua tetamu jemputan ini mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang masing-masing dan telah berkongsi perihal pentingnya integriti dipupuk dan disemai bermula dari diri sendiri, baik dalam aspek tadbir urus, mahupun perancangan kewangan diri. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor, KPBKL bagi menyampaikan kata aluan serta beramah mesra dengan tetamu jemputan. Turut mengiringi ke program ialah wakil barisan pengurusan tertinggi, KPBKL. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu jemputan yang telah disampaikan oleh YBhg.Prof. Madya Dr. Noraini Mohamad, Pengarah, mewakili Rektor, KPBKL.

[gdl_gallery title=”20191004″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.