Perjumpaan Rektor Bersama Pensyarah KPBKL

Perjumpaan Rektor Bersama Pensyarah KPBKL

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 13 Ogos 2020 – Perjumpaan Rektor KPBKL, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub bersama pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FPKI) dan Fakulti Pengajian Teknokorporat (FPT) telah diadakan pada hari ini di Dewan Kuliah 1, KPB. Perjumpaan ini telah diadakan dua sesi iaitu pada sebelah pagi bagi FPT manakala petang FPKI. Tujuan perjumpaan ini diadakan untuk meraikan kejayaan pensyarah dan pelajar yang mendapat anugerah Country Gold & World Silver Award bagi subjek Advanced Business Calculation (ABC) dan Country Gold Award bagi subjek Business Calculation (BC). Penyampaian mock cheque juga turut diberikan kepada pensyarah yang terlibat iaitu Cik Muna Shakir dan Cik Norhaziani, serta kepada wakil pelajar Mas Idayu Munip iaitu Cik Siti Balqis.
Dato Rektor dalam ucapannya berharap semua pensyarah dapat meneruskan lagi kualiti pengajaran agar KPB akan terus cemerlang pada masa akan datang dalam memperkasakan pendidikan di kalangan anak-anak asnaf. Turut hadir dalam majlis ini Dr. Mohamad Fitri bin Mohamad Yusof, Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan).

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.