Perbincangan KPBKL Bersama MMU CYNERGY

Perbincangan KPBKL Bersama MMU CYNERGY

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 22 November 2021 yang lalu, telah berlangsung sesi pertemuan antara Pusat Pengurusan Bakat dan Pembangunan Profesional Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dengan wakil MMU Cnergy di Bilik Mesyuarat 3, KPBKL.

Ketua Pegawai Eksekutif KPBKL, Encik Radzuan bin Razali telah mempengerusikan perbincangan ini yang berkisarkan tentang peluang kerjasama dalam latihan korporat antara KPBKL dan MMU Cnergy.

MMU Cynergy telah di wakili oleh En. Zulkifli Mohamed Baki Head Business Account Division, Nurul Erna Dewi Mohd Said, Manager Business Account Division dan Rudiah Ahmad Head Business Delivery & Client Management.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.