Perbincangan Kerjasama PERKESO Dan KPBKL

Perbincangan Kerjasama PERKESO Dan KPBKL

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 15 Mac 2022- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan kunjungan ke Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL). Dalam pertemuan ini, PERKESO telah membincangkan cadangan program dan kerjasama yang ingin dilaksanakan bersama-sama KPBKL seperti :

i) Mengadakan Program Kebolehpasaran (Employability) kepada pelajar KPBKL penyediaan resume yang berkualiti dan persediaan menghadapi temu duga. 

ii) Menjemput pencari kerja awam untuk hadir sesi temu duga terbuka dan tertutup yang dianjurkan oleh pihak PERKESO mengikut kesesuaian jawatan kosong. 

iii) Memperkenalkan dan menyediakan platform pendaftaran pencari kerja melalui Portal Pekerjaan Negara MYFuturejobs bagi pencari kerja awam dan pelajar KPBKL

iv) Memberi kaunseling kerjaya mengikut industri yang sesuai kepada pencari kerja awam dan pelajar KPBKL, golongan B40, OKU dan lain-lain golongan sasar yang akan dikenalpasti.

Perbincangan ini telah diwakili oleh Pn. Fadlina Adam, Ketua Zon (Kuala Lumpur) Perkhidmatan Pekerjaan, Pn. Nurhafizah Abdul Hafiz dan Pn. Amiera Syahira Shahrum.
KPBKL telah diwakil oleh Pn. Rohayu Yusoff, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (HEPA), En. Mohamad Amzari Aziz, Pengurus Bahagian Perkhidmatan Pelajar (BPP), Pn. Asmawati Abdul Hamid, Timbalan Dekan Pelajar FPKI dan Pn. Fauziah Tengah, Kaunselor Bahagian Pembangunan & Kecemerlangan Pelajar (BPKP).

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.