Perbincangan Bersama DelegasI KIRKHS UIAM

Perbincangan Bersama DelegasI KIRKHS UIAM

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 22 September 2020 – Satu perbincangan bersama delegasi dari Kuliyyah Ilmu Wahyu Islam dan Sains Kemanusiaan (KIRKHS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah berlangsung pagi tadi . Perbincangan ini adalah mengenai kolaborasi yang boleh dilakukan antara KPB dan KIRKHS dari segi pertukaran pelajar, perkongsian kepakaran, pembangunan kursus akademik dan penyelidikan.

Dalam perbincangan ini juga YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor KPBKL dan Assoc. Prof. Dr. Shukran Abd Rahman (Dean, KIRKHS) telah menandatangani letter of intent untuk mengadakan kerjasama ini. Delegasi dari KIRKHS UIAM yang turut hadir adalah Dr. Ainul Azmin Md Zamin (Head of Internationalisation and Global Network, KIRKHS), Dr. Miszairi Sitiris (Head of Fiqh and Usul al –Fiqh, KIRKHS), Dr. Sh Fatimah Alzahrah Binti Syed Hussien Al-Attas (Department of Sociology and Anthropology, KIRKHS).

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.