[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 10 Ogos 2020 – Pagi tadi telah berlangsung perbincangan antara Pusat Wakaf Intelek (PWI) Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur bersama KLG System Sdn Bhd mengenai projek Wakaf Karya Intelek Digital (WKID). WKID merupakan sebuah platform digital yang dibangunkan melalui aplikasi sistem perkongsian maklumat secara digital. WKID direka khusus untuk mengumpul koleksi bahan-bahan wakaf karya intelek pakar-pakar di Malaysia. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor KPB. KLG System Sdn Bhd telah diwakili oleh En Hashim bin Osman (Pengarah Urusan), En. Jamali Sadat bin Mokhtar, En. Mohd Fauzi bin Mohd Nan dan En. Azman bin Ahmad. Turut serta dalam perbincangan ini ialah Dr. Mohd Syakir, Pengarah Pusat Wakaf Intelek, Ustaz Mohd Izzat (HEPA) dan Ahli PWI.