Pengumuman Penangguhan Tarikh Pendaftaran Pelajar Baharu Ambilan April 2020

Pengumuman Penangguhan Tarikh Pendaftaran Pelajar Baharu Ambilan April 2020


Assalamualaikum w.b.t,

Dukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran pelajar baharu Program Homegrown dan Program Profesional ambilan April 2020 akan ditangguhkan kepada ambilan Jun/Julai 2020 berikutan penularan COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

Tarikh pendaftaran yang baru adalah seperti berikut:

18 APRIL 2020 ditangguhkan ke 27 Jun 2020 (SABTU)
19 APRIL 2020 ditangguhkan ke 28 Jun 2020 (AHAD)

Sehubungan dengan itu, pemohon yang telah menerima surat tawaran dengan tarikh pendaftaran pada 18 dan 19 April 2020 tidak perlu mendapatkan surat tawaran yang baharu dan secara automatik layak mendaftar pada 27 dan 28 Jun 2020.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pegawai Pemasaran KPBKL:

Nama Nombor Telefon
Dr. Fitri 017-3131800
Pn Kasniah 019-2606778
Cik Nazirah 013-2820742
Cik Norida 013-3206202
Cik Azmunira 012-2645098
En Aizat 017-3471564
Pn Faridah 019-3135003
En Azlan 013-3493499
En Zulfakah 016-3639961
Cik Nadz 011-62627724
Cik Rosni 013-6654619

[lastupdate]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.