(B.Melayu) Penangguhan Kuliah Kerana Bencana Banjir

(B.Melayu) Penangguhan Kuliah Kerana Bencana Banjir

Penangguhan Kuliah UiTM

  • Adalah dimaklumkan sesi kuliah yang dijadualkan bermula pada 5 januari 2015 ditangguhkan kepada 12 januari 2015 disebabkan banjir yang berlaku di beberapa buah negeri di Malaysia. Penetapan ini dibuat seiring dengan pengumuman daripada Naib Canselor UiTM (TAN SRI DATO’  SRI PROF. IR. DR. SAHOL HAMID BIN ABU BAKAR)
  • Minggu ulangkaji yang dijadualkan pada 23-29 Mac 2015 adalah dibatalkan.
  • Para pelajar dinasihatkan merancang perjalanan dan pengangkutan dengan baik. Diingati tiada lagi penangguhan boleh dibuat selepas 12 januari 2015 kecuali dengan kebenaran Ketua Pegawai Eksekutif.

Program Profesional (CAT & LCCIIQ)

  • Semua pelajar LCCIIQ Level 2 yang sepatutnya kuliah bersambung pada 5 januari 2015 telah ditangguhkan kepada 12 januari 2015. Selain daripada itu, pelajar-pelajar LCCIIQ Level 3 dan CAT mendaftar seperti biasa sebagaimana yang tercatat pada kalendar akademik.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.