[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 1 November 2019 – Hari ini merupakan perjumpaan terakhir setelah dua bulan pelajar KPBKL (MAIWP) terlibat dengan Projek Penyelidikan Ikon Zakat PLC iaitu penyelidikan bersama Pusat Pungutan Zakat- MAIWP dan Koperasi Remisier Bumiputra Berhad-KRBB. Pada perjumpaan terakhir ini telah berlangsung pembentangan secara individu dan berkumpulan hasil daripada penyelidikan yang telah dijalankan.
Selain daripada terlibat dengan penyelidikan, pelajar juga telah dibawa melawat sambil belajar ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan yang terakhir adalah lawatan ke RHB Investment Bank dan Bursa Malaysia Berhad pada 26 November 2019 nanti. Seramai 18 orang pelajar yang terlibat sebagai pembantu penyelidik Projek Penyelidikan Ikon Zakat PLC yang terdiri daripada Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Perakaunan, Diploma Matematik Kewangan, Diploma Pengajian Muamalat, Diploma Pengurusan Zakat dan Wakaf.