Pelajar Usahasama UiTM KPBKL anjur Pameran Future Creator

Pelajar Usahasama UiTM KPBKL anjur Pameran Future Creator

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 28 November 2019 – Satu pameran “Future Creator” telah dianjurkan oleh pelajar semester 3 dan 4 program usahasama UiTM, Kolej Profesional Baitumal Kuala Lumpur MAIWP yang mengambil subjek Creative and Critical Thinking (MGT315). Pameran ini telah dirasmikan oleh Puan Nur Ain Bt Zainol Abidin, Ketua Program Diploma Business Study (DBS). Pameran ini telah berlangsung pada jam 2 petang sehingga 4 petang. Terdapat pelbagai produk yang unik ciptaan pelajar telah dipamerkan dalam program ini

Tujuan program ini diadakan adalah bagi membina keyakinan diri untuk berkomunikasi di khalayak ramai disamping dapat membentuk kemahiran merancang , melaksana , serta memimpin dalam menguruskan program ini di kalangan pelajar DBS. Bukan itu sahaja, pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran berinovasi secara beretika sesama pelajar di KPBKL. Syabas kepada penganjur dan diharap usaha ini akan di teruskan di masa hadapan.

Sumber: AJK Komunikasi Future Creator 2019

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.