[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 9 November 2019 – Sambutan Maulidur Rasul 1441H/2019 peringkat kebangsaan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pagi ini. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke majlis ini. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2019, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Rektor Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPB MAIWP), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, turut hadir ke majlis ini. Kontinjen dari KPB MAIWP yang terdiri daripada 50 orang pelajar turut menyertai perarakan. Pakar Perundangan Syariah, Datuk Daud Muhammad, telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2019 dengan menerima wang tunai RM50,000, trofi dan sijil penghargaan. Empat lagi penerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun ini, masing-masing menerima wang tunai RM20,000, trofi serta sijil penghargaan.Mereka ialah ahli akademik Prof Datuk Dr Asma Ismail, aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye, pelopor Hospital Mesra Ibadah Datuk Dr Khalid Ibrahim dan aktivis kemanusiaan Mohd Azmi Abdul Hamid.