Pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) Menerima Sumbangan RM 48,800.00 Daripada Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank)

Pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) Menerima Sumbangan RM 48,800.00 Daripada Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank)

KUALA LUMPUR : Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) bagi sumbangan yang diterima berjumlah RM48,800.000. Majlis Gimik Serahan Sumbangan berlangsung pada 03 September 2024 bertempat di Aras 3, EXIM Bank dengan dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPBKL, YBhg. Prof. Madya Dr. Hj. Mohammad Firdaus Low Abdullah.

 

10 September 2024

Sumber: Pusat Wakaf Intelek

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.