Pelajar Homegrown Semester 1 Sertai Program Motivasi (Upgrade Yourself)

Pelajar Homegrown Semester 1 Sertai Program Motivasi (Upgrade Yourself)

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 20 Julai 2019 – Seramai lebih kurang 100 orang pelajar program homegrown semester 1 Kolej Profesional Baitulmal Kuala lumpur (MAIWP) telah menyertai Program Motivasi (Upgrade Yourself). Program motivasi ini telah disampaikan oleh wakil daripada Real Leaders Solutions, dan ia merupakan satu program yang ditaja oleh YAYASAN WIBAPRIMA.

Program ni memberikan input yang sangat baik untuk mendidik dan membentuk peribadi yang cemerlang di kalangan pelajar. Program ini juga menjadikan pelajar lebih yakin dalam mengurus diri, memupuk motivasi tinggi untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebagai pelajar di kolej. Selain itu program ini juga memberi kefahaman berkenaan pengenalan karakter diri pelajar, memberi suntikan nilai-nilai murni yang sangat diperlukan oleh pelajar yang mahu berjaya. Program ini telah berlangsung dari jam 9 pagi hingga 1 petang.

[gdl_gallery title=”20190720-01″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.