[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 12 Disember 2020 – Penularan wabak Covid 19 yang melanda di seluruh negara memberi impak kepada semua pihak tidak terkecuali pelajar institusi pendidikan tinggi. Menyedari permasalahan ini, pelajar Diploma Syariah Islamiyah kelas 5A Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dengan kerjasama Unit Kolegiat dan Non- Resident KPBKL telah mengadakan Program Ziarah Kasih Pelajar Non-Resident KPBKL pada pagi ini.
Program ini bertujuan untuk membantu para pelajar Non-Resident terpilih yang menyewa di sekitar KPBKL, bilik sewa, dan tinggal bersama keluarga.
Menurut Ustaz Mohd Izzat bin Mohd Abd Shukur, Penasihat Program , sebanyak 36 buah rumah sewa pelajar Non-Resident, 11 buah keluarga pelajar Non-Resident KPBKL terlibat dalam Program Ziarah Kasih ini dan sedikit sumbangan barangan asas seperti beras, gula, minyak dan lain- lain lagi diberikan.
Program Ziarah Kasih NR yang dikendalikan di bawah kod subjek PPW 2252 (Khidmat Masyarakat) merupakan sebahagian daripada syarat bergraduasi dan perlu diambil oleh para pelajar Diploma Syariah Islamiyah semester lima.