Pelajar Diploma Pengurusan Zakat & Wakaf KPBKL Anjur Projek Dana Wakaf

Pelajar Diploma Pengurusan Zakat & Wakaf KPBKL Anjur Projek Dana Wakaf

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 07 Ogos 2019 – Pelajar Diploma Pengurusan Zakat dan Wakaf Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) telah menganjurkan Projek Dana Wakaf menerusi aktiviti jualan di Lobi Menara KPBKL (MAIWP). Projek dana wakaf ini bertujuan memupuk kesedaran berwakaf di kalangan warga KPBKL (MAIWP), seterusnya mengumpul dan menyalurkan dana wakaf ke Pusat Wakaf Intelek KPBKL. Aktiviti jualan bertapak ini adalah lanjutan jualan yang dibuat sebelumnya secara atas talian.

Projek dana wakaf yang dijalankan ini juga bagi memenuhi tugasan subjek Zakat & Wakaf Dalam Ekonomi (PPZ2253) yang akan dinilai oleh pensyarah subjek Ustazah Siti Syarwani bt Ghazali. Diharapkan melalui aktiviti ini dapat membudayakan amalan berwakaf di kalangan masyarakat khususnya warga KPBKL (MAIWP) agar manfaatnya dikembalikan kepada ummah.

Sebanyak RM1100.00 berjaya dikutip hasil daripada aktiviti jualan tersebut dan semua keuntungan ini telah diserahkan kepada Pusat Wakaf Intelek KPBKL (MAIWP). Penyerahan wakaf tunai ini telah diserahkan oleh wakil pelajar iaitu saudari Nor Nabilah binti Hassan kepada Rektor, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub. Seterusnya YBhg. Dato’ Rektor menyerahkan wakaf tersebut kepada Pengarah Pusat Wakaf Intelek, Ustaz Mohd Syakir bin Haji Mohd Taib.

Kumpulan pelajar ini merupakan kumpulan pelajar pertama yang berwakaf di Pusat Wakaf Intelek KPBKL (MAIWP). Tahniah diucapkan kepada semua yang menyumbang kerana anda berjaya menginfaqkan keuntungan yang paling bernilai untuk diri anda dan orang lain. Ia bukan sahaja akan dihargai oleh penerimanya, malah lebih daripada itu ia akan mendapat kemuliaan dan kebaikan dari sisi Allah.

[gdl_gallery title=”20190807-2″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.