Pelajar Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH) anjur Karnival Halal 2019

Pelajar Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH) anjur Karnival Halal 2019

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 21 Disember 2019 – Seramai 70 orang pelajar Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH) Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur MAIWP dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Selayang Indah dan Surau Alhidayah Kg Selayang Indah telah mengadakan program khidmat masyarakat dengan menganjurkan Karnival Halal 2019. Karnival ini telah diadakan di Surau Alhidayah Kg Selayang Indah selama dua hari dari 21 Disember 2019 hinga 22 Disember 2019. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya gotong royong, ceramah, Larian Amal Halal, jualan Food Truck, memanah, Kursus Penyembelihan, Pameran, jualan dan pelbagai aktiviti lagi. Majlis Penutup Karnival Halal 2019 telah dirasmikan oleh YBhg. Mohamed Tahir Bin Abd. Manap (Pegawai Tadbir Agama Pejabat Agama Islam Daerah Gombak). Para pelajar ini telah diselia oleh Ustaz Mohd Izzat Mohd Abd. Shukur.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.