Norma Baru Majlis Amanat Rektor dan Lafaz Ikrar Pelajar Minggu Ikatan Siswa (MIS)

Norma Baru Majlis Amanat Rektor dan Lafaz Ikrar Pelajar Minggu Ikatan Siswa (MIS)

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 3 Julai 2020 – Pagi ini telah berlangsung Majlis Amanat Rektor dan Lafaz Ikrar Pelajar Minggu Ikatan Siswa (MIS) sesi Julai 2020 yang telah diadakan di Dewan Kuliah 1, KPBKL mengikut SOP yang telah di tetapkan. Seramai 70 orang pelajar baharu yang terlibat dalam Dewan Kuliah 1 ini manakala baki pelajar baharu yang lain mengikuti majlis ini secara langsung di Youtube Channel Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur.

Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu KPBKL dan bacaan doa telah dipimpin oleh saudara Izzat Aiman bin Jamaat diikuti ucapan oleh Yang Berusaha Dr. Mohamad Fitri bin Mohamad Yusoff, Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan) dan ucapan amanat daripada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor KPBKL.

Bacaan ikrar pelajar baharu ini telah diketuai oleh saudara Mohamad Nazmi bin Mohamad Nasruddin, Penghulu Minggu Ikatan Siswa (MIS) dan seterusnya beliau telah menyerahkan borang akujanji ikrar kepada Dato’ Rektor KPBKL.Siaran langsung ini telah dibawakan oleh Kelab Multimedia KPBKL dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat dan Pengurusan Acara serta Bahagian Hal Ehwal Pelajar KPBKL.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.