(B.Melayu) MoU Antara Yayasan Wilayah Persekutuan Bersama IPB-YPC-PICOMS

(B.Melayu) MoU Antara Yayasan Wilayah Persekutuan Bersama IPB-YPC-PICOMS


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]

Online, 26 April 2018 – Tawaran biasiswa sara diri sebanyak RM300 bakal diberikan kepada para pelajar terpilih di Wilayah Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran di intitusi pengajian tinggi swasta terpilih. Perjanjian persefahaman ini telah ditandatangani oleh Institut Profesional Baitulmal (IPB), Kolej Antarabangsa YPC dan juga Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS dan disaksikan oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.

Majlis ini turut dihadiri Datuk Seri Syed Ali Al Habshe selaku Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Ketua Pegawai Eksekutif IPB Tuan Sakaria Semela dan Encik Wan Mohammed Wan Ibrahim KPE (Infrastruktur & HEP). NGO serta agensi-agensi kerajaan yang terlibat turut serta dalam majlis ini.

Diharapkan persefahaman yang dimeterai antara Yayasan Wilayah Persekutuan bersama IPB-YPC-PICOMS ini dapat membantu anak-anak asnaf di Wilayah Persekutuan dari segi bantuan kewangan dan mengeratkan lagi hubungan dua hala dalam membangunkan pengurusan institusi pendidikan Islam dan hala tuju pelajar.

[gdl_gallery title=”26042018″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.