(B.Melayu) Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Antara IPB Dan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)

(B.Melayu) Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Antara IPB Dan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]

Online, 15 Januari 2018 – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Professional Baitulmal (IPB) dengan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) telah diadakan pada 15 Januari 2018 bertempat di Auditorium, Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH).

Perjanjian persefahaman di antara IPB dan MARSAH adalah merupakan yang pertama ditandatangani pada tahun ini. Menerusi perjumpaan awal, jaringan kerjasama dengan pihak MARSAH yang merangkumi aspek-aspek program pendidikan yang boleh diadakan, program dan pembangunan bersama, penyelidikan, pembelajaran dan kesedaran awam terutamanya dalam bidang pembangunan pelajar-pelajar islam dan lain-lain kerjasama serta untuk kepentingan bersama dalam memastikan anak bangsa berteraskan konsep islamik dibawah strategi meramaikan muslim dalam bidang professional.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut professional Baitulmal (IPB) dengan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) ini akan dalam mengambil satu langkah ke hadapan ke arah mencapai matlamat itu.

Pertemuan ini berakhir kira-kira pada pukul 12:30 tengahari, turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi IPB YBhg Dato’ Haji Razali Shahabudin, Ketua Pegawai Eksekutif Tuan Sakaria Semela, Timbalan KPE (Akademik & Antarabangsa) Prof. Dr. Ismail Mat, Pendaftar Puan Rokiah Yunus serta barisan pengurusan dan pensyarah IPB manakala bagi pihak MARSHAH turut hadir adalah YBhg. PROF. DR. Haji Mohamad @ MD. Som Sujimon, Ketua Eksekutif, Ustaz Muhamad Sanusi MD Noh, Timbalan Pendaftar, serta barisan pengurusan.

Diharapkan dengan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala dalam membangunkan pengurusan Institusi pendidikan islam dan dapat bertukar-tukar pandangan dalam berhubung hala tuju pelajar, Insyallah.

[gdl_gallery title=”mou-ipb-marsah” width=”900″ height=”500″]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.