Minggu Terbuka Virtual KPBKL (MTV KPBKL)

Minggu Terbuka Virtual KPBKL (MTV KPBKL)

Kolej Profesional Baitumal Kuala Lumpur akan melangsungkan Minggu Terbuka Virtual KPBKL (MTV KPBKL) dari 9 Jun 2020 hingga 12 Jun 2020 jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Anda boleh berbincang mengenai maklumat program, pembiayaan dan tajaan secara virtual dengan Pegawai Pemasaran KPB iaitu dengan membuat temujanji sama ada melalui WhatsApp, panggilan telefon, google meeting dan juga boleh walk in ke KPB melalui link di bawah.

Klik link di bawah untuk menempah slot:
https://forms.gle/hwYDgHwG9Y6xks9m6

*Bagi walk in, anda perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti berikut:

    • Pelajar atau ibubapa perlu mengisi borang temujanji (Google Form) https://forms.gle/hwYDgHwG9Y6xks9m6 untuk membuat temujanji.
    • Pegawai Pemasaran akan menghubungi ibubapa atau pelajar untuk mengesahkan waktu temujanji.
    • Ibubapa atau pelajar perlu memakai penutup muka dan menjalani pemeriksaan suhu badan serta menggunakan hand sanitizer sebelum memasuki kawasan kampus. Pemeriksaan akan dijalankan oleh Pengawal Keselamatan.
    • Ibubapa atau pelajar juga perlu mengisi Borang Tetamu yang akan disediakan di pondok pengawal bagi merekod aktviti keluar masuk tetamu.
    • Bilangan yang hadir tidak lebih dari 3 orang pada satu masa dan warga emas serta kanak-kanak tidak digalakkan hadir.
    • Perbincangan akan berlangsung di ruangan terbuka yang telah disediakan dan tidak melebihi daripada 20 minit.

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi

☎️Cik Azmunira www.wasap.my/60122645098

☎️En Aizat www.wasap.my/60173471564

 

Ikuti Facebook rasmi KPBKL untuk mengikuti FB Live @Officialkpbkl

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.