(B.Melayu) Minggu Ikatan Siswa (MIS) Pelajar Baharu KPB Sesi April 2019

(B.Melayu) Minggu Ikatan Siswa (MIS) Pelajar Baharu KPB Sesi April 2019


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 20 April 2019 – Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada 530 orang pelajar baharu Program Homegrown dan Certified Accounting Technician (CAT) yang telah mendaftar dan mengikuti pengajian di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) bagi sesi April 2019.

Pendaftaran pelajar baharu ini telah berlangsung selama dua hari dari 20 hingga 21 April 2019 bermula seawal jam 9.00 pagi. Proses pendaftaran ini telah berlangsung dengan lancar di Dataran KPB.

Kesemua pelajar baharu ini terlibat dalam Program Minggu Ikatan Siswa (MIS) bermula 22 hingga 26 April 2019. Antara pengisian MIS adalah berkaitan program pengajian, bantuan kewangan, taklimat daripada Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan terdapat juga aktiviti fizikal dan kerohanian diselitkan dalam MIS untuk membangkitkan semangat kepada pelajar baharu ini.

Majlis Penutup MIS diakhiri dengan amanat daripada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub selaku Ketua Pegawai Eksekutif KPB dan lafaz ikrar pelajar baharu.

[gdl_gallery title=”20190430″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.