(B.Melayu) Makluman Penempatan

(B.Melayu) Makluman Penempatan

1. Pelajar yang telah memohon tetapi tidak layak mendapat asrama, boleh memohon semula ( rayuan ) dan akan dipertimbangkan berdasarkan baki kekosongan yang ada.

2. Bagi pelajar yang tidak pernah memohon semula menduduki asrama, maka pelajar boleh membuat permohonan baru dan akan dipertimbangkan berdasarkan kepada baki kekosongan yang ada.

3. Pelajar hendaklah datang ke pejabat asrama untuk berurusan bagi perkara yang berkaitan.

Arahan daripada Ketua Eksekutif Institut Profesional Baitulmal

[message_box title=”Perhatian” color=”blue”]Semua para pelajar IPB DIWAJIBKAN duduk di asrama yang disediakan oleh IPB sama ada di dalam ataupun di luar. Sekiranya bercadang untuk duduk di tempat yang lain, sila mohon secara bertulis dan berjumpa dengan KPE IPB, DR. SYED OMAR SYED AGIL.[/message_box]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.