[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 14 April 2022 – Pusat Latihan & Konsultansi, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL), selaku pusat yang dipertanggungjawab oleh Darul Kifayah MAIWP bagi menjalankan program Selangkah Ke IPT Pelajar Lepasan SPM 2021 Darul Kifayah MAIWP. Program Selangkah Ke IPT Pelajar Lepasan SPM 2021 Darul Kifayah MAIWP merupakan program yang dirancang oleh Darul Kifayah MAIWP dimana peserta terdiri daripada 50 orang pelajar lepasan SPM 2021.En Mohd Nizamuddin Abu Bakar bertindak sebagai Pengarah Program.
Program ini bertujuan mencapai objektif seperti yang berikut :
- Mengadakan program kolaborasi dan kerjasama bersama institusi pengajian tinggi yang boleh memandu pelajar agar jelas tentang hala tuju lepasan SPM
- Membantu pelajar membuat pilihan bidang pengajian di peringkat tertinggi
- Mengembalikan keyakinan pelajar untuk menyambung pengajian melalui pendedahan maklumat dari pelbagai institusi.
Antara program yang dirancang termasuk Majlis Silaturrahim & Iftar Bersama Pelajar Darul Kifayah. Program ini merupakan program usahasama KPBKL dan juga Rumah Prihatin @ Grand Seasons.
Pelajar diberi pengalaman menyediakan dan memasak juadah berbuka puasa di dalam dapur Rumah Prihatin @ Grand Seasons yang dipimpin oleh Pengurus Kulinari Rumah Prihatin / Chef Pulse Grande Hotel (Chef Hasnadawati).
Pelajar berbuka puasa dan beramah mesra bersama Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP, YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar & Pengarah Eksekutif Rumah Prihatin, YBhg. Dato Mohd Irwan Rizal Bin Mohd Ali Napiah. Majlis turut disertai Pengetua Darul Kifayah, Ustaz Abdul Rauf Abdul Aziz bersama pegawai Darul Kifayah. Turut serta di dalam program ini ialah Pengerusi IPB Sdn Bhd YBhg, Dr Yusri Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif KPBKL En Razduan Razali.
Pelajar juga menunaikan solat Tarawih di Rumah Prihatin @ Grand Seasons.