Majlis Santai Ilmu Bersama Rektor KPBKL

Majlis Santai Ilmu Bersama Rektor KPBKL

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 29 Julai 2019 – Pusat Perancangan Korporat telah menganjurkan Santai Ilmu Bersama Rektor di Dewan Kuliah 1, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) yang dihadiri oleh semua warga kerja. Rektor KPBKL (MAIWP), YBhg. Prof Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, memulakan program ini dengan menyampaikan kata aluan diikuti penerangan berkenaan wakaf daripada Pengarah Pusat Wakaf Intelek, Ustaz Mohd. Syakir Hj. Mohd Taib. Beliau amat menggalakkan penglibatan semua warga kerja KPBKL (MAIWP) dalam Wakaf Gaji melalui potongan gaji.

Majlis Santai Ilmu diteruskan dengan Syarahan Profesor Pakar bertajuk Vaksin: Isu Halal oleh Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS, YBhg. Prof Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman. Perkongsian ini amat bermanfaat terutamanya berkaitan isu vaksin halal dan haram. Program diakhiri dengan Pelancaran Kick Out Pemasaran KPB oleh Pengarah Pemasaran KPB (MAIWP), Puan Wan Azwati Wan Mohamed.

[gdl_gallery title=”20190729″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.