[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 2 Julai 2019 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur ( KPB MAIWP) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1440H hari ini di Dewan Ibnu Jama’ah, Institut Kemahiran Baitulmal.
Majlis Sambutan Hari Raya ini telah diserikan lagi dengan kehadiran YB. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) yang sebelum itu telah menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum of Colloboration (MoC) antara KPB dan enam buah institusi iaitu University Malaysia Of Computer Science & Engineering (UNIMY), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Yayasan ADDIN, Khadijah International Waqf Foundation (KIWF), Amanah Raya Berhad, Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS dan sebuah badan korporat iaitu Finterra Technologies.
Dalam majlis ini juga YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor KPB (MAIWP) telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada 15 orang anak yatim daripada Rumah Anak Yatim Jalinan Kasih dan 20 orang warga emas daripada Rumah Seri Kenangan Cheras.
Di akhir majlis ini YBhg. Prof. Dato Dr. Noor Inayah telah menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi kategori booth tercantik dan hadiah personaliti warga kerja. Booth tercantik telah dimenangi oleh booth gabungan daripada Pusat Kecemerlangan Peljar, Pejabat Pendaftar, dan Pusat Pengurusan Bakat. Bagi personaliti warga kerja telah dimenangi oleh Salman Rafzan Mohd Raflis, Penolong Pendaftar, Unit Penerbitan
[gdl_gallery title=”raya2019″ width=”900″ height=”500″ ]