[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 25 November 2020 – Satu Majlis Penyerahan Sumbangan oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ MAIWP) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) MAIWP telah berlangsung sebentar tadi.
Sumbangan wakalah sebanyak RM30, 000 telah disumbang oleh SSM manakala RM20,000 daripada PPZ MAIWP.
Penyerahan sumbangan ini telah disampaikan oleh Tn.Hj. Rosli Hj. Ahmad , Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Korporat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Zakat SSM dan Tuan Hj Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat (PPZ) kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor KPBKL.
Turut serta dalam majlis ini adalah barisan tertinggi KPBKL dan wakil SSM.
Terima kasih diucapkan kepada SSM & PPZ MAIWP atas sumbangan ini.