Majlis Pentutup KARNIVAL MAHABBAH SISWA 2020

Majlis Pentutup KARNIVAL MAHABBAH SISWA 2020

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 12 Disember 2020 – Alhamdulillah selesai sudah Karnival Mahabbah Siswa Kolej Profesional Baitumal Kuala Lumpur (KPBKL) yang telah berlangsung dari 23 November 2020 hingga 13 Disember 2020.

Majlis penutup telah berlangsung petang tadi di Dataran KPBKL. Tahniah kepada semua pemenang bagi semua kategori pertandingan.

Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Dr. Mohamad Fitri Bin Mohamad Yusoff, Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan) dan En. Mohamad Amzari Aziz, Pengurus Bahagian Pembangunan Pelajar, KPBKL.

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) & Jawatankuasa Penempatan Mahasiswa (JPMA) yang telah menganjurkan karnival ini dengan jayanya.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.