Majlis Pelancaran Road To Success SPM 2021 Tuisyen Percuma

Majlis Pelancaran Road To Success SPM 2021 Tuisyen Percuma

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 11 Disember 2021 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan OXG Consultancy akan menjalankan Tuisyen Percuma “Road to Success (R@S2021)” bagi pelajar SPM 2021. Menyedari kesulitan yang dihadapi oleh para pelajar SPM dalam menjalani PdPR secara online semasa pandemik Covid 19 yang sedang melanda, KPBKL dan MAIWP mengambil inisiatif ini bagi membantu para pelajar ini.

Tuisyen secara online ini akan bermula dari 14 DIsember 2021 hingga 19 Januari 2022 yang mana 7 subjek terpilih iaitu Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Perakaunan, Sejarah, Pendidikan Islam, dan Perniagaan. Tenaga pengajar tuisyen ini terdiri daripada guru yang pakar dalam bidang masing-masing dan berpengalaman dalam merangka soalan.

Petang tadi telah berlangsung Majlis Pelancaran Road to Success SPM 2021 Tuisyen Percuma melalui medium Zoom. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Ekseskutif KPBKL, Encik Radzuan Razali dan turut dihadiri oleh Puan Kasniah Neni, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat & Pemasaran.

Sehingga hari ini seramai 801 pelajar telah mendaftar untuk menyertai tuisyen percuma secara online ini.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.