[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 19 Disember 2019 – Pagi ini telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Keusahawanan Asnaf beserta Penyerahan Gerai “Bomb Burger” dan Program Bual Bicara bersama Imam Muda Asyraf: Membangunkan Usahawan Abdurrahman Auf di Dewan Kuliah 1 , Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur MAIWP. Majlis telah dimulakan dengan kata alu-aluan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor KPBKL MAIWP diikuti ucapan dan penyerahan Gerai “Bomb Burger” oleh YBrs. Puan Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas President/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank.
Program Keusahawan Asnaf ini merupakan kerjasama antara Agrobank Centre of Excellent, Alma Processing & Trading Sdn Bhd dan KPBKL MAIWP. Program ini bertujuan untuk menggalakkan para pelajar asnaf ini untuk melibatkan diri dalam keusahawanan dengan harapan dapat meningkatkan taraf hidup keluarga dan sekaligus dapat keluar dari golongan asnaf.
3 orang pelajar yang terpilih untuk menyertai program ini adalah Fakhrur Razi bin Kamarudddin dari program Certified Accounting Technician (CAT),Iffah Syakirah Bt Bahrin dari program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, dan Nur Asiah Bt Sap’awi dari program Diploma Pengajian Muamalat (DPM). Turut hadir dalam majlis ini adalah YBhg. Dato Hj Razali Shahabudin, Pengerusi Lembaga Pengarah KPBKL, YBhg. En. Ahmad Fairuz Mat Zaki, Operation Director Alma Processing & Trading Sdn Bhd, pengurusan tertinggi KPBKL dan Agrobank.