[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 5 Disember 2019 – Koperasi Remisier Bumiputra Berhad dan Pusat Pungutan Zakat dengan kerjasama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Pelancaran Buku IKON Zakat Bumiputera Public Listed Companies (BPLC) yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Wira Ir. Hj Amiruddin Hj Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Kewangan Islam (JKKI), diadakan di Dewan Kasturi, Hotel De Palma Ampang.
Rektor KPBKL, Prof. Dato’ Dr Noor Inayah Ya’akub turut diundang bagi menyampaikan ucapan, bersama barisan Pengurusan Tertinggi, para pensyarah penyelidik dan pelajar KPBKL MAIWP. Turut diadakan gimik Pelancaran Buku IKON Zakat Bumiputera PLC dan penyampaian hadiah kepada Penyelidik Terbaik dan Kumpulan Pembentangan Terbaik. Selain itu, majlis turut diserikan dengan Penyerahan Zakat Perniagaan kepada PPZ MAIWP.