[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dengan kerjasama Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disipilin, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia (BPSH-KPM) telah menganjurkan program KPBKL Bersama-sama Guru Bimbingan dan Kaunseling. Seramai 139 Guru Bimbingan dan Kaunseling dari Wilayah Persekutuan dan Selangor telah menyertai program ini.
Program KPBKL bersama Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling yang julung kalinya diadakan bermatlamat memohon kerjasama pihak sekolah mengenalpasti murid-murid dari kalangan asnaf lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan untuk menyambung pelajaran di KPBKL dan institusi milik MAIWP. MAIWP menyediakan bantuan pengajian merangkumi yuran pengajian, penginapan dan wang saku kepada anak-anak asnaf yang diterima belajar di KPBKL.
KPBKL yang telah ditubuhkan oleh MAIWP sejak 27 tahun yang lalu menawarkan pengajian peringkat diploma seperti Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, Diploma Pengurusan Industri Halal, Diploma Pengurusan Zakat dan Waqaf serta Sijil Profesional LCCI, CAT -London, Sijil Pengurusan Ekuin serta Sijil Eksekutif Halal dan Sijil Auditor Halal.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Hajjah Fuziah Salleh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama). Dalam ucaptama, Yang Berhormat Timbalan Menteri menghargai peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam menunjuk arah masa hadapan pelajar melalui nasihat yang tepat berdasarkan minat dan kebolehan murid untuk menyambung pelajaran di Intitusi Pengajian Tinggi.
Melalui kerjasama begini, para Guru Bimbingan dan Kaunseling telah terlibat sama mengangkat taraf kehidupan para asnaf untuk keluar daripada lingkungan kemiskinan dan secara tidak langsung sama-sama melahirkan anak bangsa yang menjadi aset kepada pembinaan negara.
Dalam majlis yang sama juga, Yang Berhormat Puan Hajjah Fuziah Salleh juga telah menyaksikan upacara menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). KPBKL diwakili oleh Tuan Sakaria Semela (Ketua Pegawai Eksekutif KPBKL) dan Puan Rokiah Yunus (Pendaftar) manakala KUIS diwakili oleh Prof Dato Dr. Abd. Halim bin Tamuri, Rektor KUIS, dan Dr. Zulkifli Bin Haji Abd Hamid, Timbalan Rektor Pengurusan Korporat ( Pembangunan dan Pengantarabangsaan).
[gdl_gallery title=”20190228″ width=”900″ height=”500″ ]