Majlis Pejumpaan Pelajar CAT

Majlis Pejumpaan Pelajar CAT

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 31 Januari 2020- Telah berlangsung Majlis Perjumpaan Pelajar CAT bersama Fakulti Pengajian Teknokorporat dan Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar CAT pada pagi tadi. Tujuan Program ini diadakan adalah untuk menghargai para pelajar yang telah memperoleh markah purata tertinggi dalam peperiksaan luaran CAT yang telah berlangsung pada Disember 2019 baru baru ini dan memberi semangat kepada pelajar – pelajar lain . Seramai 20 orang pelajar yang telah mendapat markah purata tertinggi (70%-90%). Selain itu, 4 orang pelajar telah mendapat markah tertinggi bagi setiap subjek FA1 & MA1, Amirah Syifa Abd Rahim 96%, FA2 Nurul Syahidah Suhairi 92%, FFA Nur Zahirah binti Mohamad Raffidi, 84% Wan Nurul Jannah binti Wan Hamdan 84%, dan MA2 Nur Zahirah binti Mohamad Raffidi 86%

Majlis telah dimulakan dengan taklimat mengenai kursus CAT oleh Pn. Syahirah Binti Adnan, Ketua Program CAT. Dekan Fakulti Pengajian Teknokorporat , Puan Yusnifarina Yunus turut memberikan kata-kata semangat kepada para pelajar dalam ucapannya. Majlis diteruskan dengan penyerahan sijil yang telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Pengajian Teknokorporat dan Jabatan Tadbir Urus Korporat.
(Sumber- Pn Syahirah Adnan, Ketua Program CAT)

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.