Majlis Motivasi dan Anugerah Pelajar Cemerlang IPB merupakan majlis yang dibuat khas untuk meraikan dan menghargai pencapaian cemerlang pelajar-pelajar IPB dari sudut pencapaian akademik. Selain daripada meraikan mereka, majlis ini juga diadakan untuk memotivasikan mereka agar berusaha meneruskan pencapaian cemerlang mereka di masa-masa yang akan datang. Majlis juga bertujuan meningkatkan motivasi pelajar-pelajar IPB keseluruhannya untuk berusaha meningkatkan pencapaian akademik mereka agar turut cemerlang seperti rakan-rakan mereka yang diraikan. Majlis kali ini diadakan adalah untuk meraikan pelajar-pelajar penerima Anugerah Dekan Program Usahasama UiTM-IPB. Dengan adanya program sebegini diharapkan pelajar-pelajar Islam dan Bumiputera yang sebahagian besarnya mendapat keputusan sederhana didalam peperiksaan SPM dan rata-ratanya tidak mendapat peluang untuk ke IPTA masih mampu digilap pencapaian akademik mereka sehingga setara dengan pencapaian pelajar-pelajar di IPTA khasnya di UiTM.
Mereka yang dipilih menerima anugerah adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan akhir semester lepas berdasarkan kepada criteria yang telah ditetapkan iaitu mendapat Anugerah Dekan (GPA 3.5 dan keatas),
Pelajar-pelajar cemerlang ini akan dianugerahkan dengan hadiah wang tunai, sijil serta diraikan dalam majlis jamuan makan yang istimewa untuk mereka.
Majlis sebegini InsyaAllah akan diteruskan di masa akan datang agar dapat menjadi salah satu alat untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar IPB.