KUALA LUMPUR: Majlis Minum Petang Bersama Alumni Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) berlangsung dengan jayanya bertempat di Hotel Seri Pasifik. Majlis dihadiri oleh lebih daripada 30 orang alumni dari pelbagai bidang. Turut hadir dalam majlis ini adalah Pengerusi KPBKL, Tuan Haji Zuri Zabuddin, dan Ketua Pegawai Eksekutif KPBKL, Prof. Madya Dr. Hj. Mohammad Firdaus Low Abdullah. Berkumpulnya alumni bersama pihak pengurusan KPBKL di dalam majlis ini telah menghasilkan perbincangan strategik yang memberi manfaat kepada semua pihak.
26 Julai 2024
Sumber: Pusat Alumni