[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 30 April 2019 – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kolej Profesional Baitulmal (KPB) dengan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah diadakan bertempat di Dewan Kuliah 1, Kolej Profesional Baitulmal.
Perjanjian persefahaman ini merangkumi aspek-aspek program pendidikan yang berpotensi untuk dibangunkan bersama, projek penyelidikan bersama selain berkongsi kepakaran antara kakitangan akademik dan juga bukan akademik.
KPB diwakili oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah binti Ya’akub (Ketua Pegawai Eksekutif KPB), Pn. Rokiah binti Yunus (Pendaftar) manakala UniSHAMS diwakili oleh YBhg. Prof. Dr. Shamsul Jamili bin Yeob (Rektor UniSHAMS) dan YBhg. Prof. Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, (Timbalan Rektor Akademik dan Antarabangsa UniSHAMS).
Majlis menandatangi persefahaman ini telah disaksikan oleh YBhg. Dato’ Hj. Razali bin Hj. Shahabudin (Pengerusi Lembaga Pengarah KPB) dan YBhg. Tuan Hj. Ariffin Saidin (Ahli Lembaga Pengarah KPB). Turut hadir dalam majlis ini YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Mohd Azizi bin Wan Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif/ Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS.
Dalam majlis ini, ucaptama telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Hj. Mazlan bin Ahmad alumni KPB dalam bidang pengajian ICSA 1994 – 1995 dan beliau merupakan Pengerusi Eksekutif Finterra Technologies Sdn Bhd.
[gdl_gallery title=”30042019″ width=”900″ height=”500″ ]