Majlis Jasamu Dikenang Bersama Mantan Lembaga Pengarah Institut Profesional Baitulmal Sdn Bhd

Majlis Jasamu Dikenang Bersama Mantan Lembaga Pengarah Institut Profesional Baitulmal Sdn Bhd

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 10 Disember 2021 – Petang tadi telah berlangsung Majlis Jasamu di Kenang bersama Mantan Lembaga Pengarah Institut Profesional Baitulmal Kuala Lumpur iaitu YBhg. Dato Hj. Razali Bin Hj. Shahabudin dan YBhg. Encik Ariffin Bin Saidin di Bilik Seraya,Hotel Seri Pasifik Kuala Lumpur.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Asraf, diikuti ucapan aluan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah IPB Sdn Bhd, YBhg. Dr.Yusri bin Mohamad dan seterusnya ucapan oleh Mantan Pengerusi Lembaga IPB Sdn Bhd, YBhg. Dato’ Hj Razali Bin Haji Shahabudin.

Majlis ini telah dihadiri oleh barisan Ahli Lembaga Pengarah KPBKL iaitu YBhg. Tuan Mohd Nizam Bin Yahya dan YBhg.Profesor Datuk Dr. Shamrahayu Binti Ab. Aziz. Turut serta dalam majlis ini Yg Berusaha En. Radzuan Bin Razali, Ketua Pegawai Eksekutif KPBKL, Yg Berusaha Dr Mohamad Fitri Bin Mohamad Yusof, Timbalan Rektor Akademik & Penyelidikan, Yg Berusaha Ustazah Rohayu Yusof, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, barisan Pengurusan Tertinggi KPBKL dan Ketua Jabatan.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.