Majlis Graduasi Program Karantina Tahfiz Belia Wilayah Persekutuan

Majlis Graduasi Program Karantina Tahfiz Belia Wilayah Persekutuan

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 15 October 2019 – Telah berlangsung satu Majlis Graduasi Program Karantina Tahfiz Belia Wilayah Persekutuan di De Palma Hotel Shah Alam. Seramai 19 orang pelajar KPBKL telah menyertai bengkel ini. Bengkel Intensif Karantina Tahfiz telah diadakan pada 11 September 2018 sehingga 15 Oktober 2019 di De Palma Hotel, Shah Alam. Bengkel ini merupakan anjuran bersama Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Pertubuhan Ahlu Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Karantina Tahfiz ARTAB Malaysia.

Program Karantina Tahfiz Belia Wilayah Persekutuan 2019 adalah merupakan satu program menghafal Al-Quran menggunakan Kaedah Yadain Litahfizhil Quran yang telah dipelopori oleh Yayasan Karantina Tahfiz Nasional Indonesia (YKTN Pusat). Seramai 30 orang peserta yang akan terlibat dalam bengkel ini yang merupakan wakil-wakil terpilih dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Wilayah Persekutuan.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.