Majlis Apresiasi Konvokesyen KPBKL

Majlis Apresiasi Konvokesyen KPBKL

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 19 Disember 2019 – Sebagai penghargaan kepada seluruh warga kerja Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur MAIWP atas kejayaan menganjurkan Majlis Konvokesyen ke 13 KPBKL MAIWP, Pejabat Pendaftar KPBKL telah menganjurkan Majlis Apresiasi Konvokesyen buat kali pertama. Majlis telah dimulakan dengan ucapan YBhg. Dato’ Hj Razali bin Hj Shahabudin, Pengerusi Lembaga Institut Profesional Baitulmal Sdn Bhd, diikuti ucapan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor KPBKL dan ucapan daripada Puan Hajjah Asiah Husin, Pensyarah Kanan Fakulti Teknokorporat.

Dalam majlis ini juga, telah diadakan penyerahan tajaan Anugerah Luqmanul Hakim oleh Encik Zaidi bin Shahrim, wakil Yayasan Amanah Raya kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub dan disaksikan oleh YBhg. Dato Hj Razali Shahabudin. Selain itu juga telah diadakan Majlis Persaraan Puan Hajjah Asiah Husin yang akan menamatkan perkhidmatannya di KPBKL pada 31 Disember 2019 setelah menabur bakti selama 22 tahun 6 bulan di KPBKL. Terima kasih Puan Asiah atas jasa bakti dan sumbangan kepada KPBKL. Jasamu akan dikenang.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.