Majlis Amanat Rektor Dan Lafaz Ikrar Minggu Ikatan Siswa

Majlis Amanat Rektor Dan Lafaz Ikrar Minggu Ikatan Siswa

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 28 September 2020 – Pagi ini telah berlangsung Majlis Amanat Rektor dan Lafaz Ikrar Minggu Ikatan Siswa Pelajar Baharu Program Homegrown dan Profesional Sesi Pengambilan September 2020 di Dataran KPBKL. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur MAIWP dalam ucapannya berharap semua pelajar baharu ini dapat belajar bersungguh-sungguh dan berjaya sehingga habis pengajian. Lafaz ikrar pelajar ini telah di ketuai oleh Ahmad Rushdan Bin Saat. Majlis telah diakhiri dengan penyerahan lafaz ikrar pelajar baharu kepada Dato’ Rektor. Turut hadir dalam majlis ini adalah Dr. Mohamad Fitri bin Mohamad Yusoff, Timbalan Rektor KPBKL, barisan pengurusan tertinggi KPBKL, Ketua Program dan pensyarah.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.