Lawatan Sekolah SRA Dusun Tua

Lawatan Sekolah SRA Dusun Tua

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 24 Disember 2020 – YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor KPBKL berbesar hati menerima kunjungan daripada Jawatankuasa PIBG Sekolah Rendah Agama Dusun Tua tengahari tadi di pejabatnya.

Delegasi ini hadir ke KPBKL pada hari ini untuk perjumpaan bersama Unit Pengurusan Aset dan Stok KPBKL bagi melihat peralatan kerusi meja yang terpakai di KPBKL. Sekolah ini telah terlibat dengan musibah banjir pada 4 November 2020 yang lalu meyebabkan keseluruhan peralatan sekolah rosak teruk terkena banjir.

Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat membantu pihak sekolah untuk menjalankan proses pembelajaran dengan baik pada tahun hadapan.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.